Hari Anugerah IUD & Jamuan Makan Malam
13 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2019 telah berlangsungnya “Hari Anugerah IUD & Jamuan Makan Malam” yang telah diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok Kelantan. Hari Augerah IUD ini dilaksanakan untuk memberi perhargaan kepada para usahawan yang terlibat dalam kursus IUD (Inovasi Usahawan Desa) yang telah dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet (PI) dibawah KDN 1 yang terdiri daripada 11 buah Pusat Internet dimana setiap PI menghantar wakil usahawan mereka masing-masing untuk mengikuti kursus ini.
Selain itu, pelbagai modul disediakan kepada para usahawan dan mereka mendapat tunjuk ajar serta nasihat daripada staf-staf Pusat Internet sendiri dan modul pembelajaran ini juga hasil idea dari Prof Madya Dr Hakimi sendiri yang merupakan Pengarah ISME daripada UMK. Setelah penat lelah usahawan yang memberi komitmen penuh untuk mengikuti dan menghabiskan kursus ini yang terdiri daripada 4 Modul pembelajaran. Akhirnya mereka sudah berjaya menamatkan kursus ini dan mendapat sijil serta hadiah daripada pihak PI dibawah KDN 1.
Terdapat pelbagai acara yang dilaksanakan pada Hari Anugerah IUD & Jamuan Makan Malam ini antaranya sukaneka yang diselengara oleh pihak staf PI sendiri. Sukaneka tersebut terdiri daripada 4 permainan iaitu cari coklat dalam tepung, isi air dalam botol, bawa asam limau dalam sudu dan sambut bola 2 beringan. Setelah itu malamnya aktiviti Jamuan Makan Malam dan antara VIP dijemput iaitu Prof Madya Dr. Hakimi ISME (UMK), Cik Mardziyah (NERA), Cik Siti (NERA), dan Puan Noorly (Maxis). Majlis dirasmikan oleh Puan Norly selepas itu ada tayangan video mengenai usahawan IUD dan staf dan akhir sekali penyampaian hadiah sijil serta cabutan bertuah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: